Pakej Bulan Madu Pakej Berkumpulan Pakej Pelajar

Selamat Datang ke Cameron Highlands @ Tanah Tinggi Cameron

Cameron Highlands terletak di Barat Laut negeri Pahang dan merupakan daerah paling kecil di negeri ini.
Merupakan salah satu tempat peranginan yang terkenal di negara ini dan turut dikenali sebagai syurga tanah tinggi yang masih mengekalkan ciri-ciri desa Inggeris.

Walaupun pelbagai pembangunan telah berlaku sejak sedekad lalu dan mengubah landskap tanah tinggi di sini, Cameron Highlands tetap menjadi destinasi pelancongan terutama bagi mereka yang ingin merasai suhu dingin dan lari dari kepanasan tanah rendah.

Sebagai sebuah daerah kaya dengan agrikultur, anda akan menjumpai banyak kebun sayur-sayuran dan buah-buahan di serata tanah tinggi ini. Di samping itu, Cameron Highlands adalah peneraju dalam pembekalan bunga dan teh di Malaysia. Bersedia untuk menikmati pemandangan indah lautan tanaman teh dan aneka bunga-bungaan yang tidak terdapat di tempat lain di Malaysia.

Terletak di Banjaran Titiwangsa kira-kira 1500 meter atas paras laut, suhu di sini boleh turun sehingga 16°C atau lebih rendah pada sesuatu masa. Cuaca di tanah tinggi ini selalu berada pada suhu 20°C kebiasaannya.
Cameron Highlands terdiri daripada 4 bandar utama diikuti penempatan-penempatan kecil pada ketinggian berbeza. Bandar pertama dari selatan ialah Ringlet, diikuti Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.